ATTENTION!!!!

MY BLOG IS BEST VIEWED BY MOZILLA FIREFOX

LINK BLOG KORANG ADE KT NEEZAREEF AVENUE


It's Friday

>> Friday, February 27, 2009

Bila dah Friday..makanye sok holiday...hip hip hooreyy!!!

Hepi weekend to olz

harap cocer ok la dah lama x bejalan2 cr pasal di hari coti...

As usual blog cuti jugak

Till we meet again next week..

Chiowww

Read more...

katakan 'TIDAK'!!!!!!!!! pd kolestrol

Kt bwh ni jenis2 makanan anti kolestrol katanya...harap2 yelah....elok utk kesihatan gituh


1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.


5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
LDL.


6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.


8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.


9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai

Read more...

Ku-Ci-Wa

X dpt aku gambar kan keKU-CI-WAan aku smlm...huhu

Ekceli..smlm geng the movie trn ke BP..makanye gigihlah aku bersiap dan menyiapkan anak2ku utk tidak ketinggalan ketemu sama geng U&I iteww..

Aku dpt tau drpd web..tah camne aku terberjalan2 di dlm hujan ptg smlm semasa tahap kebizian yg memncak dan aku x larat nk mengerah tenaga menyiapkan keja2 ku itu...aku tgk2 jadual diorg..EH!..tul ke nih diorg dtg arinie...

Jam2 tu gak aku msg hubby set appt utk mlm td...

Smpai2 kami kt Summit Parade tu dah dgr dah sore diorg...yg best nya org x ramai..maybe ari biasa kan dan x ramai yg tau...so sgt dekat la aku dgn geng U&I itew...

akan tetapi.......................

huwarrghhhhhhhhhhh....

Cik Amirah itu menangis tidak mau mendekati U&I yg beso gaban ituu...takotsss kooo si myra..aduuuuuhaiiiiiiiiii...rugis serugisnya la x dpt mengendeng menggedik gambo sama U&I..

korang tgk la nie je yg sempat dan dpt aku senapkan...


Ku-Ci-Wa gueeeeeeeeeeeeeeeee..huwarghhhhhhhhhhhhh..anak dara ku memang..dr jauh bani dekat amekk ko....suh abah dia bwk dia lari jauh2 dr stage ituu..Afiq relax je tp sbb aku x ckp tgn dan tukang amek gambo pn dah lari bwk anak dara makanye....Ku-Ci-Wa lah akuuu....

Gerammmmmmm aku benonyeee korangg...kalo x harus posink sakan dgn U&I..chisss

Akhirnya begambo dlm kete je la time blk hubby singgah bank jap..huhu..

Afiq pn tdo dahh...gerammmmmm tauu..tp maintain aku pantang hala flash otomatis sengih ke tinge.. :D

Read more...

10 Surah

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.


  1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

  1. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

  1. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


  1. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


  1. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Read more...

Jom Menelek Jari Jemari

>> Thursday, February 26, 2009

Share smth from email received

Pernahkah anda ,buang masa dengan menilik nasib atau tapak tapak tangan? Atau adakah anda seorang yang terlalu percayakan tilikan yang ada kalanya lebih banyak dibuat secara penekaan oleh tukang-tukang nujum yang "pintar" meramal nasib orang tetapi gagal melihat masa depan sendiri.


Baiklah, mungkin elok rasanya kalau kita cuba pula meramal jari-jari tangan kita atau kawan-kawan yang berminat. Lelaki yang bekerja dibidang yang dikenali sebagai "sains sukar", iaitu matematik dan tulen (fizik dan sebagainya), biasanya mempunyai tangan yang berlainan daripada populasi lelaki biasa. Terutama sekali, mereka mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang atau sama panjang dengan jari manis. Bagi kebanyakkan lelaki pula, jari manis adalah lebih panjang daripada jari telunjuk mereka.

Patern yang sama turut ditunjukkan di kalangan pengaturcara komputer yang mana kadar jari mempunyai kaitan dengan markah ujian.
Manakala bagi kebanyakkan kita, mempunyai pengalaman merenung nasib berdasarkan garisan di tapak tangan. Bagaimana pun, tak ramai yang memberikan perhatian yang lebih kepada panjang sebenar jari-jari tangan kita.

Telah pun diketahui, selama berkurun-kurun tangan lelaki dan wanita agak berbeza, terutama sekali dengan panjang jari-masing-masing. secara putara, kaum lelaki mempunyai jari manis yang lebih panjang manakala kaum wanita pula mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang sama panjang.
Kadar panjang jari telunjuk setiap individu dengan jari manis mereka agak tetap pada sepanjang hidup dan ia telah wujud semenjak berada di dalam kandungan ibu.

Perkembangan panjang jari amat dipengaruhi oleh tahap beberapa jenis hormon. Setiap satu jari dipengaruhi oleh hormon-hormon yang berlainan. Perkembangan jari telunjuk adalah amat sensitif kepada tahap estrogen manakala perkembangan jari manis pula amat sensitif kepada tahap testosteron. Semenjak kebelakangan ini, para pengkaji mendapati kadar antara panjang jari-jari tersebut bertindak sebagai penunjuk kepada tahap relatif hormon-hormon itu sewaktu mengandung.

Bagi kaum lelaki, jari telunjuk yang panjang (kadar estrogen lebih tinggi berbanding tostesteron) menunjukkan bakat istimewa yang ada padanya dan membantunya dalam melakukan matematik dan sains.

Jari manis yang panjang pula mengaitkan seseorang itu dengan skil sosiol dan komunikasi.
Lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang mempunyai anak yang sedikit, menghidap risiko tinggi penyakit jantung dan mempunyai sanak saudara yang menghidap dyslexia (penyakit sukar membaca).

Lelaki yang mempunyai jari manis yang panjang pula mempunyai sikap pendesak dan agresif, menggemari muzik, subur dan seandainya dia adalah anak lelaki paling muda, dia amat cenderung kepada homoseksual.

Jari manis yang panjang juga merupakan petunjuk wujudnya autisme atau Sindrom Asperger.
Kadar panjang jari bagi wanitaturut menunjukkan beberapa perkara.

Wanita yang mempunyai yang mempunyai jari telunjuk yang sama panjang atau lebih panjang berbanding jari manis, merupakan seorang yang subur tetapi mereka turut terdedah kepada risiko barah payu darah.


Wanita yang mempunyai jari manis lebih panjang biasanya seorang yang gemar mendesak dan bersikap agresif. Mereka turut mempunyai kecenderungan terhadap lesbian.
Seandainya kaum lelaki yang memiliki jari telunjuk yang sama panjang dengan jari manis (memiliki kadar estrogen dan testoren yang sama dengan wanita) merupakan "calon" terbaik untuk sains tulen, mengapakah terdapat lebih ramai saintis dan ahli matematik wanita?

Jawapannya ialah kerana perbezaan biologikal dan prejudis sosiol. Berdasarkan satu pemerhatian, wanita yang menceburi diri di dalam sains sosiol biasanya mempunyai jari manis yang lebih panjang. Sekaligus, mereka mempunyai kadar hormon yang hampir sama dengan rakan-rakan lelaki mereka.

Read more...

Luahan Di Jari

Aku dah 2 hari bgn lmbt... Asal alarm bunyik salu aku snooze kan...tp dua hari nie aku off kan trus..dgn sangka baik yg aku akan bgn immediate after aku padam alarm tuh...

Tp 2hari jugak lah aku telajak bgn 1/2 jam lmbt dr biasa..huhu dan 2 hari jugak la aku siap g keja mcm lipas kudung...zas zas dgn sepantas kilat aku sapu tepek itu ini..huhu..sib baik gak la aku ni bkn jenis iron bj pg2...semua aku dh setel dr mlm...

Bila dah lmbt tu maka semua siaran akan jd tertunda...aku akan kuar umah lewat dr biasa..akan menempuh segala mcm kerenah pemandu yg ade...yg elok tu elok..selo melo mcm nk jln blk umah lps melantak nasik minyak 2pinggan..yg ade tu selit sana sini mcm nk anto bini banak..yg ade tu syok sndiri ikut lane kanan walhal ko bwk x smpai 40km/hr...ni harus kena sodok ngn cangkuk crane tu lg bgs cpt skit ko smpai kubur...

Tu la..bila dh byk kendraan atas jln mcm2 hal la kan...Mcm pg td ade accident 2lori...bkn beso pn lori ais ngn lori biasa..tp dua2 tebalik..air batu betabur..isk isk..sejuk tayo kete bila ais tu cair kang..wahhahaha...
Dlm seminggu tu kalo x jmpa accident x sah..ade sesaja dr yg sekecik2 smpai la yg remuk redam..dr org jln kaki smpai la yg bwk lori kontena..ade je...

Smpai bila la gaknye menda nih nk tejadi..mmg malang x berbau..dan takdir tu mmg x ley diubah kalo dah tersurat..tp kita yg waras..ade akal..boleh je kan nk muhasabah diri... Renung-renungkan


..
... korang jgn siyes sgt ehk baca.....

hehehe :D

Read more...

Rahsia Makan Tauge

Share smth from email received

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.


Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Read more...

Sobeniyer : Keychain

>> Wednesday, February 25, 2009

Keychain2 yg terkumpul pemberian kwn2 n staf yg outstation ke holiday ke mana2..

Yang ni dr obersi..x byk baru 3 sajek

Dr kiri : tajmahal gitu..tgh2 tu boomerang last skali tu big ben london

Ni dlm negeri..x kira la mane negeri yg ade berjenis2 tp negeri yg sama x kira la aku gantung jugak..

Perlis,Sabah,Penang,Melaka,Kelantan,Pangkor

Tp kalo dari Sabah..unik2 bentuknya...yg atas tu..ade periuk kera ngn gendang

Yg nie lak..tdg saji, topi, sumpoton (yg tiup2 tu) mmg unik2 ni aku mmg suke

Jd ler kan tanda ingatan..

Kalo korang g mane2 tu hulur2 la sobeniyer kt haku..ehehehhehe

x malu weekkkkkkkkk :p

:D

Read more...

Jom Tgk Bape Kalori

Korang...tgk la bpe kalori kita mkn sehari...isk isk...sape yg sdg diet sila ushar btl2..heheheh


Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1.
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13.
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11.
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2.
Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal

Lain-lain

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

Mengapa kau termenung...mengapa kau bersedih...
ohh..terlebih amek kalori ek arinie...
kekekeke..
:D

Read more...

Kenangan Mengusik Jiwa

Wah...tajuk nya mcm nk ke arah menjiwang jek...jiwang ke nih...ihiks

Korang kalo ala2 nk dekat sebaya dengan aku atau 'berusia' (aku x ckp tua ek) dr aku..sure tangkap leleh sama lagu2 rock ke slow rock zaman 80an n 90an..tul x..kalo x korang lain channel ahh..

Korang dgr ke sinar fm? aku mmg jrg dgr..tp kalo la ade kuar mlm2...korang dgr la sinar
fm..sure korang terbuai2 masuk dlm khayalan korang masa budak2 ke muda2 dulu...segla jenis lagu lama (bukan lagu uji rashid ya) tp lagu2 tu la yg 80an n 90an tu msti bekumandang...atau pun hari sabtu pagi..diorg ade carta lagu2 hits 80an tuh..fuhh...

wpn waktu tu aku sekolah rendah lg..camne aku leh terjebak dgn lagu2 sbegitu..jwbnye..kakak n abang aku ler...dah aku pn termenjiwai lagu2 gitu..wakakakakak...


kalo aku nk list out la lagu2 yg ngetop waktu sgt la byk...antaranya la yg sgt2 mengusik jiwa sperti berikut...kalo korang tau..taulah..kalo korang x leh nk recall..cuba korang google ker...pstu dgr..kenangan mengusik jiwa lah..aku pasti!

BPR
seribu tahun takkan mungkin

aku hanya serangga

ekamatra
pusara di lebuhraya
sentuhan kecundang
hanya satu persinggahan

gamma - bahang asmara


gersang - suratan takdir

ella - sepi sekuntum mawar merah

hattan - dari kekasih kepada kekasih


ibnor reza
berdiri seorang perindu
mimpi yang tak sudah

laksamana - gugurnya bunga cinta

massa - patahnya sayap malam

medicine
tika dan saat ini
kerana cinta


may - cintamu mekar di hati

mega - takdir dan waktu

melisa - cinta untuk nabila

lefthanded - pada syurga diwajahmu


putra- kain cinta putih

rio - layu di hujung mekar

rusty blade
tercipta kasihku
penantian

blackrose -penantian

search
rozana
gadis misteri

sejati -bila bunga dipetik orang

wings

lena diulit intan
misteri mimpi syakila
taman rashidah utama

zabarjad - karam

visa
dalam gerimis
untukmu selamanya

uthopia - maya percintaan

UG14 - bunga larangan


teja - kenangan di taman cinta

tera rosa - bunga angkasa

teacher's pet
warisan wanita terakhir
cinta kita


spring
sejiwa
kemarau kasih

slam - nur kasih


byk lg korang kalo nk list nih...part of my playlist la yg aku listkan nih...ella, shima, penyanyi2 solo ade lg sesekali kedengaran tu mmg syiokkkkkkkk..kalo dpt dload harus dgr ulang2..
wakakakaka...

so camne..korang layan x lagu2 camnie dulu..



Read more...

Ole² Jogja

>> Monday, February 23, 2009

Sobenir yg 1st aku dpt taun nie drpd staf kt sinie..

Kali nie dr Jogja...nie yg besh kalo ade staf g 'obersi' x kira la sbrang yg dkt pn..mane yg baik hati tu dia x missed bli smth utk staf kt opis..


wpn sebeo keychain je aku terima..leh gantung2...byk dah aku gantung kt dinding nih...


Jogja Batik namanye...boleyla wat pkai2 kt umah..huhu

Kbtln aku ni mmg penggemar @ pengumpul sobenir x kira dr mane wpn ape bentuk rupa parasnye..kecik beso semer aku simpan..

Yelah kira x tau kita ni mampu ke x nk smpai kt tpt2 tu kan...at least dpt pgg sobenir tu jd ler..


Read more...

Sepasang Upin & Ipin

Hai kwn2...afiq pn dah ade bj upin&ipin...suke suke suke..

Aku dah perati dan amati...kerektor upin tu sinonim ngn afiq..ape yg sama korang nk tau...

mula2 aku perati tahap kebotakan si afiq ni ala2 la wpn upin tu btl2 botak kan...tp bab rambut sejemput kt atas pala tu...siyes afiq ade korang...tp aku lupe nk senap...wkakkakaka..kitorang gelak ramai2 masa aku tnjuk ketersamaan upin tu ngn afiq... :D

Yg ni 'kakak' si upin...tu nk tayang bj baru dia la tu...posing kt tv...eh cm org dulu2 je ade objek yg nk dibergambar bersama.. :D wahahhaaa..

Yg ni elok skit kainnye dan gambo pn budak dua tu je..tp myra sibuk ckp bj yg ni tade ayam..adeh nk ayam jugak...

Kuar sudah kegedikan ya bila bergambo

Ni lak bj siang...gambo ni sama ngn bj merah aritu...kena bli siang dan mlm punye version sbb dia mmg nk itu ituuuu je la skang nih...harus bsh hari2 gamaknye..

Gaya ape aku pn x tau...masa tgg nenek g kedai nih...

Kakak dan adik kpd upin&ipin...heheh :D

Read more...

Aktifkan Ahad Mu

Pg Ahad lmbt skit bgnnye...1/2 jam lmbt dr semalam..huhu...tetap mcm biasa korang...afiq kn mlm td hangat...aku dah bubuh wet towel kt pala...x bpe nk tdo sgt la aku mlm tu..yelah budak2 ni demam bkan leh dijangka...tp gaya demam nye btl2 menuntut kesabaran dong...kalo bibik yg kendong mulut dia x benti2 bebel..kalo aku yg dokong dia diam sengih2 semua org ditegurnya...npk sgt ler dia mmg nk manja ngn aku..huhu

Pg tu bfast mi goreng..pstu bg afiq ubat demam...seb baik la korang dia dah leh terima ubat..kalo x mmg lmbt la kebah tu...nk campur ngn susu cam dah kebal lak sure lmbt baik..mujur lah dia x muntahkan ubat tuh..

Lps aku bwk mak aku g kedai...blknye tu amik afiq nk bwk g urut...sib baik mak bidan ade kt umah...nk lari je afiq bila kena urut...part2 yg btl2 sakit tu mmg dia meraung..mintak tlg

makcik tu bg air utk minum ngn campur ngn air mandi..ikut je larr..

msk tghari...afiq dah aktif balik...senyum2 sana sini...makin tinggi angkat montot...pstu mlut tu mmg la x diam...tambah lg lak wat aksi kecap2 mlut..smbil menyembur2..time has come nih..slmt menjaga rambut la npknye..huhu...

lega la aku afiq dah fully recovered..mmg weekend aku x g bwk diorg mane2..dgn cocer siang panas ptg ujan ribut petirnya...moralnye duduk umah saje...



Read more...

Dah lama x kena tag

tetiba pg td aku dijerit di kotak menjerit ku yg aku ditag oleh si watie aka mummyyaeesh

Cara-caranya (cam nk masak lak) :p

rules:link to the person that tag u
posts the rules in your blog
share 6 important things/habits/quirks about yourself
tag 6 random people at the end of ur blogs by linking to their blogs
let them know that they have been tag by leaving comment on their blog.reply to me when they have finished

Aku cam penah buat cam x penah buat..tah ler...tp aku buat gak le..demi x menghampakan dan memberi semangat waja kpd blogger baru katanye...(aku pn dah asik katanye..katanye)..kang ko down lak aku x sahut cabaran ko kan...x tegar katanye..(katanye lg)

6 pasal aku ehk..ape ehk...kena pk...

1) Aku adalah aku...chewah...tade sape leh memperkotak katikkan aku yer...awas sape2 yg telah atau cuba2 membuat onar terhadapku...no mercy hokey...kejam ke aku..kerek ke aku...pedulik ape ko cari pasal ko terima la padahnye..

2) Aku nie x kepoh hokey...tidak langsung tergolong dlm golongan umat2 yg kepoh dan bermulut tempayan..jaja citer sana sini..apetah lagi menjual publisiti murehan utk menagih dan meraih simpati...keji ko sifat cmtu...

3) Aku garang..ya mmg aku garang...npk je garang tp hati mau baik...

4) Aku suke teramat suke pergi berjalan2...jln2 dekat..jln2 jauh...jln2 dekat window2 sopink..jln2 jauh holiday la gitu

5) Aku suke makan..suke gak masak tp x selalu masak...(ha nk mengata la tu)...hahahaha...

Last..sbb dia nk 6 je kan...mau byk lg leh list nih...

6) Aku x suke hipokrito...x suke talam bemuka2..x suke dpn baik blkg mengata..dan x suke x suke org yg nk betullllll sepanjang masa...walhal dia nk semunyikan kelemahan dia je sbenonye..huh..get lost!!!

Npknye mcm buruk beno ya pangai aku...disebalik tu hanya Allah saje yg tahu...

Read more...

Sabtu Yang Demam

Pg2 sabtu aku bgn cam biasa...tade istilah bgn lewat dihujung mgg..seawal 5pg afiq dah merengek mintak kuar blk..

manja sungguh afiq hari tu..bak kata mak aku..'hari dia tu' yelah afiq lahir ari sabtu kan..

So pg tu segala kerja2 siap sblm kul 8 lg..excellent giler aku rasa...pg tu bfast nasik lemak...

teringat2 lak aku nasik lemak nih

Complete set..cuma tecicir kacang tanah je..isk isk..

Kul 8 tu mandikan budak2..sbb kul 9 afiq ade appt ngn paed..nk injek..smpai2 cr parking senang..pn x ramai yg ade appt waktu tu...dpt no. 2....yg 1st tu baby jaundice..maknye tu jln pgg perut kalo aku x yah ler sibuk nk ikut..adehhh...

smpai turn afiq..timbang dulu...naik lg berat..8.86kg..menangis ko...afiq ni dah pndai rasa..timbang pn nk nangis..ape lg bila baring kt tpt mengenjek..lg la lom ape2 dah melalak bg gegar spital..mmg dah dr pg manja kan ape lg sedu2 kena enjek..wahahahha...

Siap bayo dan amek susu semua...anto afiq ngn bibik blk..bg afiq mkn ubat demam..aku, mak ngn myra g paso pt sulong lg...kali nie mmg nk cr lg bj upin ipin tu coz myra kemaruk nk pkai siang mlm..huhu..

Dah siang tu org pn dah ramai...panas toksah cter la...bli lauk ngn sayo semer...trus tuju kt tpt baju2...kemain suke mak nenek tu dr jauh dia dh ushar...bli sepasang utk siap ngn sepasang lg utk bj tdo...sonok la tu dpt dua trus..

Jln2 dpn skit npk lak baby punye...ahaaaaaa..ape lg trows ler sambo..sian adik pn nk gak.. hehe

pstu trus ler blk..x tgg dah panas2 tu...melepak dpn tv la ape lg...ptg tu ujan lak tu..lebat betul..

Tp sbb aku dah lama sgt x dpt pekena nasik kerabu..maka ujan x ujan aku pg jugak paso mlm semata2 nk bli nasik kerabu..

Snyum lebo la aku bila dpt..mak aku kata aku addict dah..ape la makcik tu bubuh..wakakakkaka..

mlm tu pn layan tv je..sejuk la skit kan ujan gitu...tgk cter ayam goreng comel...pstu tdooo larr...

Badan afiq dah mule hangatt...uhuk2..


Read more...

Blog Berehat

>> Friday, February 20, 2009

Dah jmpa weekend lg..jap je kan...

blog cam biasa dia rehat time nie..mcm tuan dier

jdnye jmpa lg la senin

kalo ade yg menarik utk diblog ade la entrynya...

x tau lg weekend nk wat pe..cam biasa suke jln2..tgk la cocer..

sok Afiq ade injection...lps tu br la leh g mane2...

harap2 x demam la...

ok korang..slmt berhujung minggu...

hepi2 ngn family..


Read more...

Mkn la ape lg..

Mlm td aku g bli bahan2 basah kt paso borong...spoil skit la sbb ari Khamis mmg kureng la bahan2 basah nih..kt sini kalo ari Khamis mmg paso tutup..

Dpt bli lebih kurang utk arinie...sesambil tu aku order burger special kt luar paso tuh..blk dah mmg lapo smbil nengok Anak Betung aku mkn burger...sedappp korang...fuhhhh...teringat2..

Tgk telur yang membalut daging tuh..huhu

Pagi td kt umah cam biasa aku akan minum dulu..so ade la balance kuih kasui yg mak aku buat smlm...leh alas perut

Sedapnye...mak aku mmg pakar wat kuih tradisional

Complete la set bfast kt umah..lite2 la kot..heheheh..air nes ngn roti cicah2..

Read more...

JANGAN AMBIL MUDAH

Kita mulakan entry di hari Jumaat dgn info yg bleh dikongsi bersama

:D

Kedudukan jerawat dan info:


DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Read more...

Pukol 2 pagi !!!!!!!!!!!!

>> Thursday, February 19, 2009

Adakah aku bermimpi ??????? tp tidak..aku tersentak tetiba aku dengo bunyik 'kesek2'

Gegas aku bgn

dan..........

ku lihat.....

Anak bujangggggggggg...ko wat pe dikkkk

Berpandukan cahaya lampu tdo saja Afiq bisa menggodeh bakul 'mekap'nya...

Alamak! Afiq tertangkap

'Mak ni tdo je la diam2...

aisey...mengantoi kan org jek...sok msk blog la tuh' agaknye tu dia ckp la...wahahhaha

x jd ahh nk 'kemas' beg mekap... 'air liur meleleh tu dik'

Lps aku kantoikan dia tu aku pn buat2 tido....bio la tau sgt la dia kalo aku angkat buh sblah pn dia pg lg kt situ kan..so bio je dia nk main smpai bila ..

x lama lps tu..aku sado blk..agak2 dlm 2.30 gitu..

Penat dah ke...main sowang2..x best ek..

Eh ..dia tuko posink lain lak...aku intai

Ngehhhhhhhh..tido sudahhhhhhhhhh...

Tamat misi menangkap bunyik 'kesek2' kul 2 pagiiiiiiiiiiiiiiii tuuuuuuuuu...huhu...

Last2 aku yg jd burung antu smpai 3 lebih kooooooo...huhu

Read more...

penutupan yang berhasil

Setibanya aku di umah blk keja smlm..mak aku btau ade parcel smpai td..ade kt blk aku..bila masa lak aku ade order barang...moskil moskil..

Dgn tekedek2 dan sambil lewa aku melangkah ke blk dan bila pintu aku bukak 'OH WOOWWW!!!..besonye parcel'

Owhh...bila ku refresh memori ku yg dah nk season nih aku igt la akan sesuatu yg aku buat mgg lalu...proper dia bks brg nih..

Lihat ya..tarikh dia anto 13/2..smpainye 18/2..makanye dlm 5hari la gitu dh smpai..diorg kata within 14dayz gitu..ok lor..cekap!

Ape sbenonye yg aku buat last week tuh...karang la aku story

yeahh...itu dia kotaknye....

Saje aku senap gmbo steak ituu..huhu...x sabo x sabo nk masak

Byk halangan dan rintangan nk bukak..ikut tahap keganasan aku nk je rabak kan..tp sabo..pelan2...

Sudah kelihatan...wok nya siap ngn lid

the bontot kaler merah....x sabo aku nk letak atas api

tutup berat nk mampos...

x melekat katanye kan..lom kesempatan nk buktikan

cter asalnye begini
last week aku closed 1 cc..jdnya dia ckp point aku byk dia suh aku redeem la dulu sblm tutup kalo x rugis ahh

dia bg ak combined both card so leh redeem brg yg boleh la dikatakan mahal kononnye..tp aku x guna semua la ade menda lain aku nk redeem lain kali

So tu la dia brg yg aku redeem..aku x expect pn smpai cpt..tu yg aku ala2 tekujat gitu...

:D

Read more...

Jgn Tekejowttt

Yer..korang jgn tekejowt msk blog aku nih
dlm proses kemaskini dan 'facial' skit ya..
akan ade entry tertunda la...bg laluan kt 'kontraktor' bikin itu ini yahhh
:D

Read more...

>> Wednesday, February 18, 2009

Well, now you can call your friend with Japanese name.

A : ka
B : tu
C : mi
D : te
E : ku
F : lu
G : ji
H : ri
I : ki
J : zu
K : me
L : ta
M : rin
N : to
O : mo
P : no
Q : ke
R : shi
S : ari
T : s
U : do
V : ru
W : mei
X : na
Y : fu
Z : zi

Example: neeza = n + e + e + z + a = to + ku + ku + zi + ka = tokukuzika

Malay name : neeza
Japanese name : tokukuzika

wahh...wahahahahahahhahaahah...korang torai la plakkk...

P/S: I would appreciate it if you called me by my Japanese name in future.
:D

Read more...

Air Panas Ke Air Sejuk Korang?????

Copy n paste from email received...sharing is caring KAN...........


Serangan Jantung dan Minum Air Suam



Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.
Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Read more...

MY GIRL

MY GIRL
Myra Lovely

MY BOY

MY BOY
Afiq Dearie

MY BABY

MY BABY
Asyraaf Lovely

7th Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Neeza'z Bday

Daisypath Happy Birthday tickers

Areef'z Bday

Daisypath Happy Birthday tickers

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP